
Mencipta memori indah sepanjang hayat...
Rio Event Management Sdn Bhd merupakan syarikat bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Bidang Bekalan & Perkhidmatan khusus bagi sewaan & pembuatan pelbagai jenis set kanopi, pentas, kerusi, meja dan peralatan yang berkaitan. Kami juga menyediakan perkhidmatan pemasangan kanopi, katering, andaman, fotografi, pelamin serta dekorasi majlis mengikut konsep yang menjadi tema pilihan pelanggan.
Rio Event Management Sdn Bhd mempunyai keupayaan dan pengalaman yang luas selama 18 tahun dalam perniagaan ini. Kami menjanjikan kesempurnaan di dalam memenuhi segala keperluan Majlis Korporat, Swasta, Majlis Perkahwninan dan sebagainya. Syarikat kami pasti dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik…kerana kami adalah di antara yang terbaik!
Majlis Korporat

Rio Event Management S/B adalah syarikat yang berdaftar di bawah Kementerian Kewangan yang menawarkan khidmat sewaan kanopi serta peralatan yang berkaitan untuk majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta.
Majlis Perkahwinan

Untuk majlis resepsi di dewan, kami menawarkan perkhidmatan menyediakan peralatan kerusi, meja, meja utama pengantin serta dekorasi dewan mengikut konsep yang menjadi tema pilihan pelanggan.
Terbaru & Terkini

Sesuai dengan trend semasa, kami memperkenalkan ‘Kanopi Arabian Transparent’ bagi melangsungkan majlis resepsi khas pada waktu malam yang sungguh indah bermandikan cahaya lampu chandier dan ‘fairy lights’.